Sunday, 26 October 2014

TIPS/PETUA UNTUK TAMBAHKAN DAN MAINTAINKAN SUSU BADAN


Bagi ibu yang bekerja, waktu cuti maternity adalah waktu yang penting untuk memastikan penyusuan yang berjaya. Ibu boleh menyusukan baby sehingga 1-2 tahun sekiranya bersedia ketika dalam pantang. Stock susu badan juga perlu start kumpul seawal seminggu selepas kelahiran.

Disini disertakan tips2 yang dapat membantu ibu untuk menambahkan susu badan agar dapat menyediakan stok susu untuk baby minum ketika ibu di ofis:

1.     Kerap bagi direct bf
Jangan hadkan penyusuan atau menjarakkan waktu menyusu. Sekiranya baby ingin menyusu, bagi sahaja baby menyusu, lebih kerap lebih bagus. Ini bukan menandakan susu tidak cukup, tetapi sebab susu ibu mudah hadam dan baby akan lebih tenang dan merasa selamat dalam dakapan ibu.

2.     Kosongkan breast dengan pam setelah direct bf
Setelah baby menyusu kedua-dua breast atau 1 breast (baby sendiri yang melepaskan putting), ibu boleh sambung mengosongkan breast dengan menggunakan pam atau menggunakan tangan (kaedah marmet).

3.     Jangan biarkan breast bengkak
Jangan tunggu sehingga breast bengkak. Ini akan menghantar signal ke otak supaya mengurangkan production sebab baby tak menyusu.

4.     Power pumping waktu malam 1am-5am
Power pumping adalah antara kaedah yang berkesan untuk meningkatkan production susu. Waktu paling ideal adalah antara pukul 1am-5am dimana hormon pengeluaran susu adalah tinggi.
Caranya ialah pam guna double pumping selama 10 minit, kemudian stop pam 10 minit, kemudian ulang balik pam 10 minit. Lakukan sedemikian selama sejam.. ini adalah untuk mimic cara penyusuan baby. Bagi ibu yang menggunakan single pumping pon boleh buat. Pam sebelah 10 minit kemudian sebelah lagi 10 minit dan seterusnya.

5.     Minum air yang banyak
Minumlah air masak banyak2. Bagi saya bile kurang minum air, susu yang terhasil juga berkurangan.

6.     Sentiasa positif
Minda kita juga memainkan peranan dalam penghasilan susu badan. Sekiranya kita sentiasa fikir susu tidak cukup maka susu akan menjadi tidak cukup. Tetapi jika kita fikir susu cukup untuk baby maka ia akan jadi cukup. Ketika sesi pam di ofis, bawa sekali sekeping gambar atau beleklah gambar2 baby dalam phone. Ianya cukup untuk menghasilkan lebih susu sekiranya fikiran kita sentiasa pada baby.

7.     Untuk ibu yang bekerja, ikut jadual pam setiap 3 jam. Jangan miss!
Sesi pam di ofis haruslah dilakukan setiap 3 jam dan mestilah disiplin dengan jadual ini. Di ofis saya ada disediakan bilik untuk ibu mengepam. Jika tiada bilik khas ibu boleh juga pam di surau. Setelah pam boleh la disimpan di peti ais ofis atau pon dalam cooler bag.

8.     Makan makanan yang boleh menambahkan susu badan
Terdapat banyak makanan yang boleh menambahkan susu badan dan ada juga makanan yang boleh mengurangkan susu badan. Antara makanan yang boleh membantu menambahkan susu ialah lobak putih, longan, ulam, kurma, halba, dsb. Minuman pula seperti air kelapa, soya, alfalfa, jus pegaga, dsb

9.     Urut breast ketika mandi dengan air suam. Boleh juga menggunakan sikat
Adakalanya ibu pam susu tetapi tidak sehingga kosong. Oleh itu setiap hari waktu mandi air suam, urutlah breast dan nipple dan kosongkan lagi breast. Kemudian, guna sihat yang sebaris dan urut dari luar kearah nipple. Ini untuk mengelakkan dari breast tersumbat.


10.   Ambil supplement

Di internet sekarang sudah banyak produk2 yang boleh diambil untuk menambahkan susu badan. Terdapat juga homeopati untuk tambah susu, atau pil dan minuman sebagai supplement kesihatan dan tambah susu.

No comments:

Post a Comment