Kebanyakan
ibu-ibu zaman sekarang dah mula faham tentang pentingnya memberi susu ibu
kepada baby yang baru lahir. Kebanyakannye merancang untuk menyusukan baby
sejak dari awal kehamilan tetapi kurang berjaya atas beberapa faktor. Antaranya
kurang ilmu mengenai breastfeeding, kurang sokongan dari family, dsb. Nanti
kita cerita lebih lanjut mengenai ni ye..
Sebenarnya
susu ibu bukan sahaja bagus untuk baby. Tapi ada banyak kebaikan untuk si ibu
juga. Bagi yang masih samar-samar mengenai kebaikan susu ibu, jom baca…
Sebelum kita mulakan.. tahu tak tentang
shortform2 dalam dunia breastfeeding ni? Antaranya
BM: Breast Milk
FM: Formula Milk
EBM: Expressed Breast Milk
BF: Breast Feed
OK, kita sambung balik
KEBAIKAN SUSU IBU:
KEBAIKAN SUSU IBU:
- Susu ibu sebenarnya sudah mencukupi untuk membekalkan semua nutrisi yang terbaik yang diperlukan oleh baby. Bukan itu sahaja, kandungannya juga berubah mengikut apa yang baby perlukan untuk membesar dengan sihat.
- Susu ibu juga memberikan nutrien tertentu yang kritikal dalam perkembangan otak baby.
- Susu pertama selepas kelahiran dipanggil kolostrum. Susu ini dapat menguatkan sistem imuniti badan baby. Ia boleh melindungi si comel daripada penyakit. Antaranya cirit birit, selsema, bronkitis, dsb.
- Tidak mudah tercemar sebab susu tersebut tidak terdedah pada udara atau elemen2 yang mendatangkan penyakit.
- Senang disediakan dan sentiasa pada suhu yang tepat. Tak perlu mengambil mase untuk disediakan.
- Memberi rasa selesa dan rasa selamat kepada baby. Bile baby rasa selamat dan selesa, mereka dapat membesar dengan konfiden dan mampu berdikari sendiri.
- Ia juga dapat memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
KEBAIKAN UNTUK IBU
1. Dapat membantu mengecutkan rahim dan
mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat.
2. Selain itu, ianya juga membantu
mengurangkan pendarahan selepas bersalin
3. Membantu membakar kalori dan mengembalikan
bentuk asal badan dengan depat. Dan mungkin mengurangkan lagi berat badan jika
ikut cara yang betul.
4. Mengurangkan risiko kanser payudara dan
kanser ovari
5. Membantu menjarakkan kelahiran jika menyusu
badan sepenuhnya.
LAIN-LAIN KEBAIKAN




No comments:
Post a Comment