Sunday 26 October 2014

TIPS/PETUA UNTUK TAMBAHKAN DAN MAINTAINKAN SUSU BADAN


Bagi ibu yang bekerja, waktu cuti maternity adalah waktu yang penting untuk memastikan penyusuan yang berjaya. Ibu boleh menyusukan baby sehingga 1-2 tahun sekiranya bersedia ketika dalam pantang. Stock susu badan juga perlu start kumpul seawal seminggu selepas kelahiran.

Disini disertakan tips2 yang dapat membantu ibu untuk menambahkan susu badan agar dapat menyediakan stok susu untuk baby minum ketika ibu di ofis:

1.     Kerap bagi direct bf
Jangan hadkan penyusuan atau menjarakkan waktu menyusu. Sekiranya baby ingin menyusu, bagi sahaja baby menyusu, lebih kerap lebih bagus. Ini bukan menandakan susu tidak cukup, tetapi sebab susu ibu mudah hadam dan baby akan lebih tenang dan merasa selamat dalam dakapan ibu.

2.     Kosongkan breast dengan pam setelah direct bf
Setelah baby menyusu kedua-dua breast atau 1 breast (baby sendiri yang melepaskan putting), ibu boleh sambung mengosongkan breast dengan menggunakan pam atau menggunakan tangan (kaedah marmet).

3.     Jangan biarkan breast bengkak
Jangan tunggu sehingga breast bengkak. Ini akan menghantar signal ke otak supaya mengurangkan production sebab baby tak menyusu.

4.     Power pumping waktu malam 1am-5am
Power pumping adalah antara kaedah yang berkesan untuk meningkatkan production susu. Waktu paling ideal adalah antara pukul 1am-5am dimana hormon pengeluaran susu adalah tinggi.
Caranya ialah pam guna double pumping selama 10 minit, kemudian stop pam 10 minit, kemudian ulang balik pam 10 minit. Lakukan sedemikian selama sejam.. ini adalah untuk mimic cara penyusuan baby. Bagi ibu yang menggunakan single pumping pon boleh buat. Pam sebelah 10 minit kemudian sebelah lagi 10 minit dan seterusnya.

5.     Minum air yang banyak
Minumlah air masak banyak2. Bagi saya bile kurang minum air, susu yang terhasil juga berkurangan.

6.     Sentiasa positif
Minda kita juga memainkan peranan dalam penghasilan susu badan. Sekiranya kita sentiasa fikir susu tidak cukup maka susu akan menjadi tidak cukup. Tetapi jika kita fikir susu cukup untuk baby maka ia akan jadi cukup. Ketika sesi pam di ofis, bawa sekali sekeping gambar atau beleklah gambar2 baby dalam phone. Ianya cukup untuk menghasilkan lebih susu sekiranya fikiran kita sentiasa pada baby.

7.     Untuk ibu yang bekerja, ikut jadual pam setiap 3 jam. Jangan miss!
Sesi pam di ofis haruslah dilakukan setiap 3 jam dan mestilah disiplin dengan jadual ini. Di ofis saya ada disediakan bilik untuk ibu mengepam. Jika tiada bilik khas ibu boleh juga pam di surau. Setelah pam boleh la disimpan di peti ais ofis atau pon dalam cooler bag.

8.     Makan makanan yang boleh menambahkan susu badan
Terdapat banyak makanan yang boleh menambahkan susu badan dan ada juga makanan yang boleh mengurangkan susu badan. Antara makanan yang boleh membantu menambahkan susu ialah lobak putih, longan, ulam, kurma, halba, dsb. Minuman pula seperti air kelapa, soya, alfalfa, jus pegaga, dsb

9.     Urut breast ketika mandi dengan air suam. Boleh juga menggunakan sikat
Adakalanya ibu pam susu tetapi tidak sehingga kosong. Oleh itu setiap hari waktu mandi air suam, urutlah breast dan nipple dan kosongkan lagi breast. Kemudian, guna sihat yang sebaris dan urut dari luar kearah nipple. Ini untuk mengelakkan dari breast tersumbat.


10.   Ambil supplement

Di internet sekarang sudah banyak produk2 yang boleh diambil untuk menambahkan susu badan. Terdapat juga homeopati untuk tambah susu, atau pil dan minuman sebagai supplement kesihatan dan tambah susu.

Monday 13 October 2014

Kebaikan Susu Ibu

Kebanyakan ibu-ibu zaman sekarang dah mula faham tentang pentingnya memberi susu ibu kepada baby yang baru lahir. Kebanyakannye merancang untuk menyusukan baby sejak dari awal kehamilan tetapi kurang berjaya atas beberapa faktor. Antaranya kurang ilmu mengenai breastfeeding, kurang sokongan dari family, dsb. Nanti kita cerita lebih lanjut mengenai ni ye..

Sebenarnya susu ibu bukan sahaja bagus untuk baby. Tapi ada banyak kebaikan untuk si ibu juga. Bagi yang masih samar-samar mengenai kebaikan susu ibu, jom baca…

Sebelum kita mulakan.. tahu tak tentang shortform2 dalam dunia breastfeeding ni? Antaranya
BM: Breast Milk
FM: Formula Milk
EBM: Expressed Breast Milk
BF: Breast Feed

OK, kita sambung balik

KEBAIKAN SUSU IBU:











  1. Susu ibu sebenarnya sudah mencukupi untuk membekalkan semua nutrisi yang terbaik yang diperlukan oleh baby. Bukan itu sahaja, kandungannya juga berubah mengikut apa yang baby perlukan untuk membesar dengan sihat.
  2. Susu ibu juga memberikan nutrien tertentu yang kritikal dalam perkembangan otak baby.
  3. Susu pertama selepas kelahiran dipanggil kolostrum. Susu ini dapat menguatkan sistem imuniti badan baby. Ia boleh melindungi si comel daripada penyakit. Antaranya cirit birit, selsema, bronkitis, dsb.
  4. Tidak mudah tercemar sebab susu tersebut tidak terdedah pada udara atau elemen2 yang mendatangkan penyakit.
  5. Senang disediakan dan sentiasa pada suhu yang tepat. Tak perlu mengambil mase untuk disediakan.
  6. Memberi rasa selesa dan rasa selamat kepada baby. Bile baby rasa selamat dan selesa, mereka dapat membesar dengan konfiden dan mampu berdikari sendiri.
  7. Ia juga dapat memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.





KEBAIKAN UNTUK IBU


1.     Dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat.
2.     Selain itu, ianya juga membantu mengurangkan pendarahan selepas bersalin
3. Membantu membakar kalori dan mengembalikan bentuk asal badan dengan depat. Dan mungkin mengurangkan lagi berat badan jika ikut cara yang betul.
4.     Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
5.     Membantu menjarakkan kelahiran jika menyusu badan sepenuhnya.




LAIN-LAIN KEBAIKAN
1.     Jimat. Tak perlu mengeluarkan wang untuk membeli susu formula dan bekalan sentiasa ada.

2.     Ayah tak perlu bangun malam untuk bancuh susu baby. Lagi afdal kalau dapat bangun malam bantu ibu untuk gantikan pampers baby J





Teknik Penyusuan Susu Ibu

Jom tengok vedio TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU terutama bagi ibu yang masih belum ada pengalaman Menyusukan Anak tercinta, atau yanag baru ingin memulakan penyusuan. 
Menarik sangat ni...